fbpx

Sistem perparitan tak sempurna punca banjir SMK Lambor Kiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (dua dari kanan), menyaksikan pertukaran dokumen MoU bagi projek Biogas Plant pada Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kali ke-48 2024 di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sistem perparitan dalaman sekolah yang tidak sempurna dan tidak diselenggara dengan baik menjadi punca banjir termenung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lambor Kiri dekat Parit.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, sistem perparitan ini juga adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Struktur sistem perparitan sedia ada iaitu jenis parit tanah tidak mampu untuk menampung air larian hujan yang banyak.

“Oleh itu, air larian di kawasan sekolah tidak dapat keluar dengan sempurna ke parit buang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, sekolah tersebut dibangunkan di kawasan bendang sawah padi dan bentuk muka bumi serta geografi persekitaran yang dikelilingi oleh ladang kelapa sawit menyebabkan semua air larian hujan dari ladang itu mengalir masuk ke kawasan sekolah.

“Kawasan sekolah juga berada pada kedudukan rendah (lembah).

“Kedudukan sekolah itu juga terletak berhampiran dengan terusan utama bagi Pengairan Seberang Perak yang mana ketika musim menanam padi, air perlu disalurkan ke petak sawah yang akan menyebabkan berlakunya kenaikan aras air di sepanjang jajaran terusan utama tersebut,” katanya.

Beliau berkata, JPS Daerah telah memasang dua pintu kepak masing-masing pada 7 Oktober 2022 dan 25 Ogos 2023 di kawasan parit buang bagi mengurangkan impak banjir di kawasan sekolah itu. – KOSMO! ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI