fbpx

Sindiket seludup rokok guna kilang usang sebagai stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL Ghafar (tengah) menunjukkan kotak rokok putih yang dirampas dalam serbuan di sebuah kilang tinggal di Changkat Jering, Taiping minggu lalu.

IPOH – Sindiket penyeludupan rokok putih dikesan menggunakan bangunan tinggal yang dipenuhi semak samun sebagai stor penyimpanan bagi menyembunyikan kegiatan mereka daripada dikesan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, modus operandi itu berjaya dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak dalam serbuan di sebuah kilang di Changkat Jering, Taiping pada pukul 7.05 petang pada Khamis lalu.

Pengarah JKDM Perak, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, dalam serbuan itu, sebanyak 1.06 juta batang rokok putih pelbagai jenama dengan nilai termasuk duti dan cukai berjumlah RM808,562.50 disita.

Katanya, serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan JKDM itu dibuat selepas risikan dijalankan di premis tersebut dalam tempoh sebulan.

“Pemeriksaan mendapati peket rokok yang disita itu tidak mempunyai pelekat setem cukai selain tiada maklumat berkaitan pengimport.

“Berdasarkan siasatan, rokok itu untuk pasaran tempatan. Siasatan dijalankan bagi mengetahui dari mana rokok itu diperoleh sama ada melalui pintu masuk sah di pelabuhan atau perairan di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM Perak di Taman Meru 2B, di sini hari ini.

Menurut Abdul Ghafar, kilang yang digunakan sebagai stor penyimpanan itu terletak di kawasan perindustrian di mana bangunan tersebut telah lama ditinggalkan dengan tiada bekalan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI