fbpx

Johor Golf Expo 2024 buka tirai esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukman (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Mohd. Rom selepas seminar pengurusan JGE2024 do Senibong Golf Club, Gelang Patah.

ISKANDAR PUTERI – Johor Golf Expo 2024 (JGE2024) yang akan membuka tirainya di Senibong Golf Club, di sini, esok mampu merancakkan sektor pelancongan Johor seterusnya merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Ini kerana program tiga hari itu berjaya menghimpunkan lebih 2,000 pemain golf amatur dan profesional baik dari dalam dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), Datuk Lukman Abu Bakar berkata, kerjasama sektor swasta dan kerajaan adalah sangat penting bagi menjayakan usaha ini.

“Golf bukan sekadar sukan tetapi ia adalah enjin untuk perubahan positif, memberi manfaat kepada semua orang daripada pemain golf muda kepada perniagaan setempat.

“Menerusi JGE2024, kita akan bersama-sama dalam membina ekosistem permainan golf yang unggul dan seterusnya meletakkan Johor sebagai destinasi golf terkemuka di Asia Tenggara,” katanya semasa berucap pada Seminar Pengurusan JGE2024 di Senibong Golf Club di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Pendidikan Sub Komuniti Persatuan Golf Malaysia, Dr. Mohd. Rom Muslim dan Pengarah Urusan Champions Golf, Matthew A. Murray.

Menurut Lukman, sebagai penganjur bersama, JGE2024 ini mempunyai objektif utama untuk mempromosi dan memupuk minat golf di Johor agar terus berkembang pada tahun yang akan datang.

Katanya, selain acara kemuncak Kejohanan Profesional dan Amatur, turut diadakan ialah seminar pengurusan yang disokong oleh Persatuan Golf Malaysia serta acara keluarga untuk penglibatan komuniti.

JGE2024 yang julung kalinya dianjurkan bertujuan menjadikan golf lebih inklusif dan mudah diakses serta meningkatkan status
Johor sebagai destinasi golf global.

JGE2024 juga menampilkan pameran dan seminar dengan lebih 70 pempamer daripada pasaran tempatan dan antarabangsa, mempamerkan peluang perniagaan dan inovasi terkini dalam industri golf. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI