fbpx

19 sindiket ‘calling centre’ tumpas, 156 scammer ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Sebanyak 19 sindiket jenayah yang menjalankan kegiatan pusat panggilan palsu atau ‘calling centre’ berjaya ditumpaskan Polis Johor sejak Januari hingga September tahun ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, ‘calling centre’ berkenaan menjalankan pelbagai aktiviti penipuan termasuklah penipuan pelaburan, tawaran kerja palsu, samaran kenalan, pinjaman tidak wujud dan lain-lain.

“Dalam kesemua serbuan itu, kita menahan seramai 156 suspek melibatkan warga tempatan dan juga warganegara asing.

“19 kertas siasatan telah dibuka dengan tujuh daripadanya telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 120(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1) Akta Imigresen, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 29AA Akta Pemberi Pinjaman Wang,” kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, jumlah indeks kes jenayah indeks Jabatan Siasatan Jenayah Johor menunjukkan peningkatan 5.61 peratus iaitu 4,027 kes berbanding 3,813 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Walaupun berlaku peningkatan, ia adalah dalam keadaan terkawal dan kita telah berjaya menyelesaikan 62.63 peratus daripada keseluruhan kes yang disiasat,” ujarnya.

Dalam memerangi jenayah narkotik pula katanya, sehingga September lalu seramai 19,155 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah.

“Manakala kejayaan rampasan melibatkan dadah pula, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor berada di kedudukan ketiga tertinggi dengan rampasan 5.40 tan dadah bernilai RM57.84 juta. Kita juga telah menyita pelbagai aset dimiliki sindiket dadah yang ditumpaskan bernilai RM13.96 juta,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI