fbpx

Nasi kandar Malaysia sangat enak, tak setuju dakwaan berpasir – Raisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAISA menolak dakwaan tekstur nasi kandar tempatan agak berpasir.

KUALA LUMPUR – Selaku penggemar nasi kandar, penyanyi popular Raisa tidak bersetuju dengan kenyataan MasterChef Indonesia musim kelima, Stefani Harison yang mendakwa tekstur makanan itu agak berpasir.

Raisa atau Raisa Andriana, 32, menyarankan peminat mengunjungi tempat makan yang betul untuk menikmati rasa sebenar hidangan popular Malaysia itu.

“Mungkin ketika ke Kuala Lumpur, individu yang mendakwa makanan itu seperti berpasir telah datang ke tempat yang salah.

“Saya kalau ke Malaysia mesti cari nasi kandar dahulu, makan pun mesti pakai tangan, jangan guna sudu dan garfu itu tidak ‘afdal’.

“Menurut saya nasi kandar adalah makanan lokal yang wajib dicuba dan sangat enak. Saya tidak bersetuju dengan kenyataan makanan itu kononnya berpasir,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang media konsert Raisa Teristimewa di ibu kota, semalam.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bahasa Kalbu itu turut menitipkan nasihat kepada masyarakat Indonesia dan Malaysia agar menghentikan budaya pertelingkahan dalam media sosial.

“Janganlah kita melaga-lagakan antara satu satu sama lain. Ada banyak sangat hal positif yang boleh kita raikan bersama.

“Banyak lagi perkara lain yang memerlukan perhatian dan tenaga. Lebih baik kita salurkan semuanya ke sana,” jelasnya.

Sebelum ini, Stefani Harison teruk dikecam kerana mendakwa nasi kandar di restoran miliknya lebih asli dan enak berbanding di Malaysia yang seolah-olah berpasir.

Susulan itu, potongan video tersebut tular sekali gus mengundang kemarahan rakyat Malaysia.
Dalam perkembangan lain, Raisa bakal mengadakan konsert Raisa Teristimewa di Mega Star Arena KL pada 3 November depan.

Harga tiket konsert anjuran Kharisma Music tersebut sudah mula dijual bermula 9 September lalu di laman web ticket2u.com.my/raisa. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI