fbpx

Tanah runtuh Taman Melawati: Tanah stabil, tiada pergerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein (tengah) meninjau lokasi tanah runtuh serta menyantuni penduduk yang berada di PPS Jalan E5, Taman Melawati, Ampang Jaya hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

AMPANG JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan status tanah di lokasi tanah runtuh dekat Jalan E6 di Taman Melawati, di sini hari ini berada dalam keadaan stabil dan tiada pergerakan direkodkan.

“Keadaan tanah runtuh dah stabil, tidak ada pergerakan lagi.

“Jadi, hanya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk menebang beberapa pokok yang dalam keadaan kurang stabil dan mereka (pihak terlibat) akan menilai dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi tanah runtuh serta menyantuni penduduk yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Jalan E5, Taman Melawati, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, di sini dan menyebabkan 21 unit rumah teres terputus laluan utama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI