fbpx

Polis lepas tiga tembakan, suspek edar dadah cuba larikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU – Polis Johor terpaksa melepaskan tiga das tembakan terhadap sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki tempatan apabila suspek bertindak agresif dengan merempuh kenderaan peronda.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 6.50 petang semalam dan mengambil masa kira-kira 10 minit.

Katanya, tiada mana-mana pihak cedera dalam insiden tersebut, namun kenderaan peronda polis mengalami kerosakan teruk.

“Semasa rondaan dibuat di Jalan Dato’ Abdullah Tahir di sini, peronda polis mendapati sebuah kenderaan dipandu dalam keadaan mencurigakan. Apabila polis menghampiri untuk pemeriksaan, pemandu memecut melarikan diri.

KUMAR (tengah) menamyampai sijil penghargaan kepada pegawai dan anggota pada Majlis Perhimpunan Bulan Bagi Bulan Oktober 2024 di Dataran Kawat IPK Johor, Johor Bahru hari ini. – Foto BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

“Ketika cubaan menghampiri kenderaan itu dibuat, suspek bertindak merempuh kenderaan peronda dan beberapa kenderaan lain menyebabkan polis terpaksa melepaskan tiga tembakan ke arah tayar kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Tambah Kumar, pemeriksaan terhadap suspek berusia 27 tahun itu mendapati dadah heroin seberat 296 gram dalam milikannya.

“Lelaki tersebut juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai 16 rekod jenayah. Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 23 Oktober depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI