fbpx

Rumah hangus dilontar bom petrol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran yang memusnahkan tiga kereta dan lapan motosikal selepas dibaling bom molotov oleh seorang lelaki, yang kini sedang diburu polis.

KUCHING – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki membaling bom petrol ke atas sebuah rumah di Tabuan Desa, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, ia susulan laporan berhubung kejadian yang dibuat oleh seorang wanita berusia 40 tahun, semalam selepas rumahnya terbakar akibat dibaling menggunakan botol kaca berisi minyak tanah oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Akibat kejadian itu, tiga buah kereta dan lapan motosikal serta pelbagai barangan elektrik dan kabinet terbakar mengakibatkan kerugian kira-kira RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Justeru, Mohd. Farhan meminta orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat mengenai kejadian dengan menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-24444 atau mana-mana balai polis berhampiran, atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Stephen Buda Kiding di talian 014-880 1514.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kebakaran rumah terbabit kira-kira pukul 11.54 malam kelmarin.

Katanya, kejadian menyebabkan tiga buah kereta terbakar iaitu Perodua Kenari 100 peratus, Nissan Grand Livina 80 peratus dan Toyota Hilux 50 peratus termasuk lapan buah motosikal terbakar 100 peratus.

Beliau menambah, tiga beranak berusia 63, 40 dan 21 tahun yang mendiami rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI