fbpx

500 unit stesen pengecas EV di Putrajaya menjelang 2030

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlun (tengah) mencuba menggunakan pengecas EV ketika Majlis Pelancaran Stesen Pengecas EV di Stesen EV Gentari, Taman Equestrian Putrajaya, Presint 5, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) menyasarkan untuk memasang 500 unit stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di pelbagai lokasi di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini menjelang 2030.

Presidennya, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, ketika ini, 23 stesen pengecas EV telah dipasang di beberapa lokasi, manakala 27 stesen lagi menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada rancangan pihaknya dengan kerjasama Gentari Green Mobility Sdn. Bhd iaitu anak syarikat Gentari Sdn Bhd (Gentari) dalam menyokong aspirasi Putrajaya untuk menjadi bandar rendah karbon.

“Terbaru, kami telah memasang sebuah stesen EV di Taman Ekuestrian Putrajaya di sini iaitu bertempat di tempat letak kereta berhampiran ‘Eques Cabin Café’.

“Stesen pengecasan ini menyediakan kuasa aliran ulang-alik (AC) sehingga 7 kiloWatt (kW) yang direka untuk memenuhi keperluan pengguna EV di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran stesen pengecas EV di Taman Ekuestrian Putrajaya, di sini hari ini.

Katanya, lokasi strategik yang telah dikenal pasti untuk stesen pengecasan pada masa hadapan termasuk di Laman Perdana, Kompleks Perbadanan Putrajaya, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Taman Saujana Hijau, Marina Putrajaya, Putrajaya Sentral dan Kelab Tasik Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI