fbpx

Amah selamatkan tauke dan isteri, kedai borong terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang bertungkus-lumus memadamkan api kebakaran sebuah premis pemborong di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pasangan suami isteri warga emas yang juga pengusaha kedai pemborong makanan ringan dan barangan keperluan di bandar raya ini nyaris maut apabila terperangkap dalam premis perniagaan mereka yang sedang marak terbakar di Jalan Hiliran di sini hari.

Dalam kebakaran pada pukul 7 pagi itu, Khoo Yok Min, 80, dan isterinya Cho Yu Liang, 80, yang menetap di tingkat tiga perniagaan itu terselamat apabila dipimpin menuruni tangga oleh pembantu rumah warga Indonesia, Suprihatun, 42.

Yok Min berkata, sebelum kejadian, dia dan isteri, Yu Liang sedang bersarapan sebelum Suprihatun memberitahu terhidu bau asap dari tingkat bawah.

“Asap itu berpunca dari tingkat bawah yang menempatkan kedai pemborong makanan ringan dan barang keperluan diusahakan kami suami isteri sejak tahun 1969.

“Suprihatun yang bekerja dengan kami sejak lapan tahun lalu segera memimpin saya dan isteri menuruni tangga untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kebakaran sebaik menerima maklumat pada pukul 7.42 pagi.

Beliau berkata, operasi pemadaman kebakaran melibatkan 50 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Jalan Kota dan Marang dengan batuan enam jentera.

“Api kebakaran dapat dikawal dalam tempoh 20 minit. Kita menghadapi kesukaran ekoran terlalu banyak stok makanan ringan dan barangan keperluan mudah terbakar di dalam premis tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI