fbpx

Bumbung PPR Stulang tercabut dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bumbung sebuah blok PPR Stulang, Johor Bahru yang rosak dalam kejadian ribut semalam.

JOHOR BAHRU – Kejadian ribut pada petang semalam menyebabkan bumbung empat buah kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini rosak dan tercabut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md Shukor berkata, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan terhadap penduduk.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Tabung Bencana Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor meluluskan peruntukan serta-merta untuk membantu empat keluarga terbabit.

“Untuk sementara, Yayasan Bandaraya Johor Bahru (YBJB) melalui bantuan Datuk Yahya Jaafar (selaku Pengerusinya) akan membantu penduduk berpindah sementara di inap desa.

“Kerajaan Negeri bawah urus tadbir Datuk Onn Hafiz Ghazi sentiasa prihatin dan mengambil tindakan segera demi kebajikan rakyat,” katanya.

Terdahulu, Mohd. Jafni bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah melawat kawasan kejadian itu.

Katanya, kerja membaik pulih itu akan dilaksanakan dalam kadar segera bagi memudahkan penghuninya menjalani kehidupan seharian.

“Bagi kerja baik pulih bumbung ini, ia akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) seberapa segera,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI