fbpx

Lima negeri diramal ribut petir, hujan lebat tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri tengah hari ini.

Negeri berkenaan adalah Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga 12 tengah hari itu melibatkan seluruh kawasan Labuan, manakala di Pahang hanya melibatkan daerah Rompin.

Selain itu, di Johor turut berdepan cuaca buruk pada tengah hari ini di daerah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian, manakala di Sarawak melibatkan daerah Sibu (Sibu dan Selangau) dan Mukah (Matu, Dalat dan Mukah).

Bagi negeri Sabah pula, amaran diberikan di daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI