fbpx

[VIDEO] Kes khalwat: Ruhainies, Aliff tiba di mahkamah dikawal tiga ‘bodyguard’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIFF, Ruhainies tiba di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pagi ini.

KUALA LUMPUR – Belum selesai, pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi prosiding sebutan semula kes khalwat dengan dikawal tiga pengawal peribadi.

Hari ini, Aliff yang lengkap berpakaian serba hitam dan Ruhainies memakai jubah rona coklat diwakili peguam Abdul Hadi Mohamad Salleh dan Muhammad Amirul Ashraf A. Ghani.

Ruhainies yang turut memakai pelitup muka hanya meminta doa bagi urusannya hari ini dipermudahkan.

“Doa yang baik-baik,” katanya.

Sementara Aliff, 33, mengunci mulut dan enggan memberi sebarang respons kepada pihak media mengenai prosiding hari ini.

“Alhamdulillah,” kongsinya.

Pada 3 Julai lalu, Aliff dan Ruhainies mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz atas pertuduhan khalwat yang berlaku di kondominium di ibu negara pada 8 Mac lalu.

Terdahulu pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies dibebaskan dengan jaminan mahkamah sebanyak RM1,500 setiap seorang.

Kehadiran mereka berdua dipercayai atas tujuan lanjutan bon jamin berkenaan kes tangkap khalwat pada Mac lalu.

Pada 9 Mac lalu, nama Ruhaniesmenjadi bualan hangat selepas dia dan Aliff ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI