fbpx

Warga Kuala Kangsar paling ramai jadi mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemantauan keadaan banjir di Hilir Perak oleh anggota keselamatan semalam.

IPOH – Mangsa banjir di Kuala Kangsar seramai 911 orang dari 284 buah keluarga menjadikan penduduk di daerah itu paling ramai terjejas akibat bencana tersebut hari ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, secara keseluruhannya di negeri ini seramai 1,299 mangsa daripada 411 buah keluarga terkesan dengan banjir, dengan 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka.

“Hilir Perak menjadi yang kedua terbanyak dari segi jumlah mangsa iaitu 166 individu (54 keluarga), Perak Tengah seramai 106 mangsa (34 keluarga) dan Kerian seramai 75 individu (24 keluarga).

“Seramai 41 orang mangsa daripada 15 buah keluarga pula terjejas akibat banjir di Kampar,” katanya di sini hari ini.

Mengikut rekod, seramai 1,271 mangsa daripada 400 buah keluarga menjadi mangsa banjir pada pukul 12 tengah malam tadi sebelum jumlah itu dikemas kini pada pukul 8 pagi menjadi 1,299 mangsa (411 keluarga).

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir di Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI