PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri pagi ini.
Negeri berkenaan adalah Perak, Selangor, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga 10 pagi itu melibatkan seluruh kawasan Labuan, manakala di Perak melibatkan daerah Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Selain itu, di Selangor turut berdepan cuaca buruk pada pagi ini di daerah Sabak Bernam, manakala di Johor melibatkan daerah Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Bagi negeri Sarawak pula, amaran diberikan di daerah Sibu (Selangau) dan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), manakala di Sabah, amaran sama turut diberikan di Pedalaman (Kuala Penyu),” katanya. – KOSMO! ONLINE