fbpx

Jenazah Adnan maut diserang harimau selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga dan rakan-rakan hadir ke upacara pengebumian jenazah Adnan (gambar kecil) di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kenor di Kuala Krai tengah malam tadi. - Foto ihsan keluarga

KUALA KRAI – Jenazah seorang lelaki yang maut diserang harimau, Adnan Ismail, 54, di Gerik, Perak kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenor, di sini kira-kira pukul 12.15 tengah malam tadi.

Anak mangsa, Nurul Nazirah Adnan, 29, berkata, kenderaan yang membawa jenazah bapanya dari Unit Forensik Hospital Taiping, Perak tiba di rumah keluarga di Kampung Ngangoh di sini pada pukul 11.55 malam.

Menurutnya, lebih 200 ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan turut mengiringi arwah bapanya ke tanah perkuburan selepas selesai solat jenazah di rumah.

“Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengurus jenazah bapa sehingga selesai urusan pengebumian.

“Segala urusan berjalan dengan lancar bermula dari rumah hingga ke tanah perkuburan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nurul Nazirah memberitahu, jenazah bapanya dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai di Unit Forensik Hospital Taiping, Perak, sebelum dibawa pulang ke Kuala Krai.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan seorang lelaki maut dipercayai dibaham harimau di sebuah rumah kongsi di Kilometer 79.2, JRTB Gerik-Jeli, Gerik.

Adnan dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah kongsi yang didiaminya bersama isteri keduanya yang merupakan warganegara Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI