fbpx

Anak sulung Sabari menangis tengok dua suspek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Jitra bagi pertuduhan membunuh Sabari, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

JITRA – Dua suspek kes pembunuhan Sabari Baharom, 62, tiba di Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pada pukul 8.13 pagi tadi.

Kedua-dua suspek berusia 26 dan 38 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan menggunakan van polis.

Anak sulung Sabari, Suraiya Izzaty Sabari, 29, turut berada di pekarangan mahkamah tersebut.

Suraiya dilihat sebak dan mengalirkan air mata sebaik melihat kedua-dua tertuduh memasuki bangunan mahkamah.

Dua suspek itu dijangka berdepan pertuduhan membunuh yang membawa hukuman gantung atau penjara sehingga 40 serta sebatan, jika tidak dikenakan hukuman mati.

Suraiya Izzaty (kanan) dilihat turut berada di pekarangan Mahkamah Majistret Jitra, hari ini. – Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

Sebelum ini suspek yang merupakan kontraktor dan anak saudaranya ditahan sejak 27 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kehilangan pesara Felcra itu yang dilaporkan hilang sejak awal September.

Mereka mengaku mencampakkan warga emas itu ke dalam Sungai Padang Terap, di sini dalam keadaan tangan diikat dan mulut ditutup menggunakan pita pelekat.

Gerakan mencari jasad mangsa seterusnya dilakukan bermula 30 September lalu, namun ditamatkan tiga hari kemudian.

Kehilangan itu dianggap misteri kerana kereta Proton Waja milik mangsa ditemui dibakar di kawasan pembuangan sampah di gaung Hutan Gubir, Sik, dekat sini Jumaat lalu, namun pesara Felcra itu tiada. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI