fbpx

Nahas lori tangki di Nigeria: Angka kematian meningkat 147

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tangki yang terbalik meletup dan menyambar orang ramai. - BBC

ABUJA – Sebuah lori tangki minyak meletup semalaman di utara Nigeria, mengorbankan sekurang-kurangnya 147 orang yang bergegas ke tempat kejadian untuk mengambil bahan api yang tumpah, kata pegawai.

Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melaporkan, kebakaran itu menyambar kenderaan yang terbalik, yang telah dikepung oleh pegawai polis.

Nahas berlaku di bandar Majia, utara negeri Jigawa pada kira-kira pukul 11.30 malam (waktu tempatan).

Kira-kira 100 individu lain yang cedera dalam letupan itu dibawa ke hospital di bandar berdekatan, Ringim, dengan ramai daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

Pegawai telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mendekati lori tangki tersebut selepas kemalangan lewat malam kelmarin.

Namun, mereka tidak dapat menahan orang ramai yang semakin ramai, kata jurucakap polis, Lawal Shiisu Adam.

“Kami cuba sedaya upaya untuk menghalang orang ramai pergi ke lori untuk mendapatkan petrol. Namun, walaupun telah mengepung kawasan itu, polis tidak dapat mengawal mereka  dan ketika orang ramai mengambil minyak, kebakaran berlaku,” katanya kepada BBC.

“Lori tangki minyak itu datang dari Kano dan menuju ke Nguru di negeri Yobe apabila pemandunya hilang kawalan,” tambah Adam.

Sementara itu, pemandu yang tidak mengalami kecederaan telah ditahan sementara polis menjalankan siasatan.

Pekerja penyelamat menemui lebih banyak mayat dengan ada yang berada agak jauh dari tempat kejadian.

Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia telah dikebumikan dalam satu upacara besar-besaran. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI