fbpx

Hujan lebat: DBKL tempatkan 120 petugas sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat di Jalan Parlimen ekoran hujan lebat, malam ini.

KUALA LUMPUR – Seramai 120 petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digerakkan ke beberapa kawasan strategik bagi mengawal sebarang kejadian banjir kilat susulan hujan lebat malam ini.

DBKL dalam hantaran di Facebook memaklumkan petugas tersebut terdiri daripada pasukan kecemasan, skuad penyelamat, trafik warden dan pasukan tunda.

Tambahnya, beberapa laluan telah dikenal pasti terjejas susulan hujan yang mula turun pada pukul 7.30 petang tadi.

“Laluan yang terlibat antaranya Jalan Parlimen (berhadapan Bank Rakyat), Jalan Sultan (Petaling Street) ,Jalan Pudu (berdekatan Hospital Tung Shin) dan Jalan Kuching (di bawah Bulatan Segambut)

“Petugas DBKL telah sedia ada di lokasi terbabit bagi mengawal keadaan lalu lintas dan membantu menyelamat sekiranya diperlukan.,” katanya hari ini.

Menurut hantaran itu, pihaknya turut menunda sebuah kenderaan rosak di Bulatan Segambut bagi kelancaran trafik.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati memandu dalam keadaan hujan dan elakkan daripada melalui jalan yang dinaiki air.

“Sentiasa merujuk kepada ramalan kaji cuaca sebelum memulakan perjalanan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI