fbpx

Penganggur dipercayai tokan dadah ditangkap polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan yang dirampas dalam serbuan dalam satu operasi di Felda Lui Timur, dekat sini, awal pagi tadi.

JEMPOL – Seorang penganggur dipercayai tokan dadah berjaya ditangkap polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jempol dalam satu operasi di Felda Lui Timur dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditangkap di sebuah garaj motosikal di salah sebuah rumah di felda berkenaan sekitar pukul 01.52 pagi.

Menurutnya, polis telah berjaya merampas 11 peket plastik lutsinar pelbagai saiz  berisi ketulan-ketulan disyaki dadah berbahaya jenis Heroin yang dianggarkan seberat 66.4 gram dengan nilai pasaran sebanyak RM 2,325.

Turut dirampas, katanya, empat peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi ketulan-ketulan jernih disyaki dadah berbahaya jenis Syabu yang dianggarkan seberat 14.4 gram bernilai RM2,160.

“Selain itu, polis turut merampas satu beg galas dan satu alat penimbang digital serta menyita sebuah motosikal jenis Yamaha RX-Z yang dipercayai digunakan oleh saspek.

“Ujian saringan awal air kencing suspek yang mempunyai dua rekod kesalahan dadah iaitu di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Chang Hook berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI