fbpx

Tawaran RM33,000 jika pulangkan iPhone hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAWARAN RM32,788 untuk sesiapa yang berjaya pulangkan telefon iPhone 15. - Foto Joseph Phua/Facebook

SINGAPURA – Seorang lelaki menawarkan ganjaran sebanyak SG$10,000 (RM33,000) kepada individu yang memulangkan telefon bimbit iPhone milik isterinya yang hilang, lapor laman berita Stomp hari ini.

Dia membuat rayuan itu di Facebook dengan menyatakan bahawa iPhone 15 Pro Max berwarna putih tersebut hilang di dalam tandas pusat beli-belah Ion Orchard semalam.

Lelaki tersebut, Joseph Phua berkata, telefon bimbit itu menyimpan gambar keluarganya.

“Telefon itu mempunyai nilai sentimental yang besar buat kami.

“Telefon itu telah dikunci dari jauh dan nombor Identiti Peralatan Mudah Alih Antarabangsa (IMEI) telah dilaporkan kepada polis. 

“Jika percubaan dibuat untuk menjual telefon itu di mana-mana, polis akan dimaklumkan dan ia boleh  dikesan.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI