fbpx

Mayat lelaki ditemui dalam kolam takungan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki ditemui di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Senawang semalam

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terlentang dipercayai terjatuh dari ketinggian lebih sembilan meter di sebuah kolam takungan air bersebelahan Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Senawang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat pada pukul 1.30 tengah hari.

“Tempat kejadian merupakan kolam takungan air di mana air dari kolam takungan Taman Pinggiran Senawang yang mengalir terus ke Sungai Simin, Rantau. Mayat terdampar atas simen kolam berikutan air cetek.

“Siasatan mendapati terdapat tali nilon pada pengadang titi yang terjuntai kemungkinan si mati terjatuh dan terhempas ke lantai simen kolam takungan air,” katanya kepada pemberita di sini.

Mohamad Hatta berkata, mangsa dipercayai mati sejak beberapa hari lalu dan bedah siasat mendapati kematian lelaki itu adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI