fbpx

Pembinaan semula balai, perumahan PDRM dijangka siap pada 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Anuar ketika melihat replika projek perumahan PDRM yang dilaksanakan Permodalan Nasional Berhad Merdeka Ventures Sdn. Berhad.

PETALING JAYA – Pembinaan semula Balai Polis Tun H.S.Lee Kuala Lumpur serta perumahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kemudahan sokongan dijangka siap menjelang 2027.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, kesemua projek itu akan dilaksanakan oleh syarikat pemaju yang dilantik iaitu Permodalan Nasional Berhad Merdeka Ventures Sdn. Berhad (PNBMV).

“Ia membabitkan pembangunan semula Balai Polis Tun H. S. Lee, pembinaan 150 unit Kuarters PDRM Kelas F serta pembinaan pound trafik dan stor barang kes Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa memastikan kebajikan anggota polis dapat dipertingkatkan selaras dengan aspirasi Kerajaan Madani.

Katanya, selain daripada permohonan projek fizikal melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), KDN juga melaksanakan beberapa projek pembinaan kuarters PDRM di Lembah Klang.

“Ia hasil kerjasama dengan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) dan Jabatan Perdana Menteri.

“Bagi skop projek pembinaan 150 Unit Kuarters PDRM Kelas F di atas sebahagian tapak kosong di Balai Polis, Bukit Jalil telah ditandatangani antara KDN serta Syarikat Tanah & Harta Sdn. Bhd. dan Syarikat PNBMV,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI