fbpx

Geng Darshan curi kabel TNB diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barangan dirampas dari ‘Geng Darshan’ di Bentong, Pahang, kelmarin.

HULU SELANGOR – Polis menahan empat ahli ‘Geng Darshan’ dipercayai dalang kes curi kabel di Pusat Pencawang Utama Tenaga Nasional Berhad (TNB), Batang Kali, di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, tangkapan suspek lelaki tempatan berusia 20an hingga 50an itu dilakukan di sekitar Bentong, Pahang, kelmarin.

Katanya, suspek yang diberkas pada pukul 3 petang itu turut ditemui bersama mereka beberapa peralatan disyaki digunakan untuk aktiviti samun serta curi kabel.

“Antara dirampas sebuah kereta pikap jenis Ford Ranger, dua unit pemotong dawai, sebuah lori jenis Hino, dua unit gari tidak berjenama, timbunan lapisan luar pembalut kabel warna hitam bercetak TNB,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tiga suspek tiada rekod lampau manakala seorang mempunyai rekod jenayah.

Tambah Ahmad Faizal, kesemua suspek dibenarkan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 21 Oktober.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 397 dan 395 Kanun Keseksaan serta 170 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya dapat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI