fbpx

Enam negeri diramal ribut petir, hujan lebat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri malam ini.

Negeri berkenaan adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga 9 malam itu melibatkan negeri Kelantan iaitu di daerah Jeli, manakala di Terengganu melibatkan daerah Marang, Dungun dan Kemaman.

Selain itu, di Pahang turut berdepan cuaca buruk pada malam ini di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala di Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu dan Seremban.

“Bagi negeri Sarawak pula, amaran diberikan di Kuching, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau).

“Cuaca buruk juga melanda Pedalaman (Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI