fbpx

EPL: United halang Ferguson ke bilik persalinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERGUSON tidak lagi dibenarkan berada di bilik persalinan pemain ketika hari perlawanan selepas arahan terbaharu dikeluarkan oleh kelab. - AFP

MANCHESTER – Manchester United mengeluarkan arahan terbaharu apabila melarang semua ahli lembaga pengarah kelab itu memasuki bilik persalinan pemain ketika perlawanan berlangsung.

Arahan tersebut menyaksikan pengurus legenda, Sir Alex Ferguson yang juga merupakan ahli lembaga pengarah kelab turut tertakluk dengan peraturan berkenaan selepas sebelum ini United memutuskan untuk menamatkan peranannya sebagai duta kelab terbabit.

Selasa lalu menyaksikan United membuat keputusan untuk mengakhiri peranan Ferguson itu atas alasan untuk mengawal bajet kelab sekali gus menyaksikan kontrak bernilai £2.6 juta (RM14.62 juta) dibatalkan.

Laporan menyebut bahawa Ferguson masih boleh hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan, namun arahan untuk semua ahli lembaga pengarah itu perlu dipatuhi oleh semua termasuk bekas pengurus berusia 82 tahun itu selepas keputusan secara kolektif dibuat.

Sebelum ini, United tidak pernah menghalang individu-individu berpengaruh serta bekas pemain termasuk Ferguson untuk berada di bilik persalinan pemain ketika hari perlawanan.

Bekas ketua pasukan United, Michael Carrick mendedahkan bahawa Sir Bobby Charlton yang meninggal dunia tahun lalu menjadi antara individu yang sentiasa berada di bilik persalinan dan memberikan banyak input buat pasukan.

Ketika Ole Gunnar Solskjaer mengendalikan pasukan itu, Ferguson dijemput untuk berada di bilik persalinan dalam beberapa perlawanan termasuk ketika United menewaskan Paris Saint-Germain pada aksi Liga Juara-Juara 2019.

Dalam pada itu, Ferguson dilaporkan menerima keputusan pihak pengurusan kelab untuk membatalkan kontraknya sebagai duta dengan berlapang dada. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI