fbpx

Peluang terbaik penyatuan Melayu dinafikan – Rosol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol.

KAJANG – UMNO bertindak menafikan peluang terbaik untuk penyatuan orang Melayu di negara ini sekiranya meneruskan cadangan menghentikan sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Rosol Wahid malah mempersoalkan sama ada keputusan itu merupakan suara akar umbi seperti yang didakwa, atau sekadar untuk memenuhi hasrat pihak tertentu.

“Inilah peluang terbaik antara tiga parti ini bergabung untuk meneraju negara.

“Apabila Bersatu sudah bersama untuk menambah kekuatan, inilah yang diingini oleh seluruh rakyat. Semua orang Melayu Islam mahukan perpaduan.

“Lari dari perpaduan ini saya rasa bukan satu tindakan bijak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian program Segar@Mesra Petronas di Petronas Prima Saujana 2, Kajang dekat sini petang tadi.

Usul memutuskan hubungan dengan Bersatu sambil mempertahankan kerjasama dengan Pas akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan dalam kenyataan yang diedarkan selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, semalam turut memberitahu MKT bersetuju untuk menggesa Pilihan Raya Umum Ke-15 diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada situasi Covid-19.

Mengulas lanjut, Rosol yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyifatkan rakyat telah muak dengan drama politik yang ditampilkan sesetengah individu.

“Ramai rakyat merasa letih, dengan keadaan Covid-19 yang belum selesai dan beberapa negeri dilanda banjir yang begitu hebat, tiba-tiba ada segolongan ahli politik mahu berpolitik.

“Pertama kali saya rasa, dalam sejarah Perhimpunan Agung UMNO tidak berbincang soal rakyat. Hari ini seluruh negara berbincang soal bertanding pilihan raya dan saya rasa ini sudah menyeleweng,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI