fbpx

Banjir Perak: Enam daerah terjejas, 1,176 mangsa di 10 PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota keselamatan memeriksa paras air di Hilir Perak hari ini.

IPOH – Pembukaan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kampar pada pukul 2 petang tadi menyaksikan jumlah terkini mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 1,176 individu.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, semua mangsa bencana alam tersebut ditempatkan di 10 buah PPS meliputi enam daerah.

“Sebanyak 78 mangsa dari 25 keluarga di Kerian ditempatkan di dua buah PPS, 809 mangsa (256 keluarga) dari Kuala Kangsar di tiga PPS dan 166 mangsa (54 keluarga) dari Hilir Perak ditempatkan di dua buah PPS.

“Manakala 33 mangsa (11 keluarga) dari Perak Tengah ditempatkan di sebuah PPS, 50 mangsa (10 keluarga) dari Muallim di sebuah PPS dan 40 mangsa (13 keluarga) di PPS baharu dibuka iaitu Sekolah Kebangsaan Kota Baharu di Kampar,” katanya di sini hari ini.

Untuk rekod, sebanyak 1,119 mangsa dari 343 keluarga direkodkan pada pukul 2 petang tadi sebelum PPS di Kampar dibuka, sekali gus menyaksikan jumlah mangsa meningkat kepada 1,176 individu.

Sementara itu, tiada amaran angin kencang dan laut bergelora dikeluarkan Jabatan Meteorologi setakat pukul 4 petang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI