fbpx

Mesin basuh terkecil seberat 25 gram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebin menghasilkan mesin basuh seberat 24.9 gram. - Guinness World Records

NEW DELHI – Seorang lelaki di India menempa nama dalam Guinness World Records selepas berjaya mencipta mesin basuh paling kecil di dunia, lapor agensi berita United Press International.

Sebin Saji menghasilkan mesin basuh berukuran 3.25 sentimeter panjang, 3.35 sentimeter lebar dan 3.86 sentimeter tinggi.

Ciptaan itu mengatasi pemegang rekod sebelumnya yang dicatatkan oleh mainan haiwan peliharaan digital jenama Tamagotchi dari Jepun.

Bagi memenuhi syarat Guinness World Records, Sebin perlu membuktikan bahawa mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh seperti membasuh, membilas dan memutar.

Mesin basuh itu juga memiliki berat 24.9 gram, bersamaan dengan dua biskut Oreo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI