fbpx

Gaji RM200,000 sasar Piala AFF, Sukan SEA tak berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU Malaya memerlukan jurulatih yang benar-benar mampu untuk mengangkat prestasi ke tahap yang lebih baik berbanding apa yang sudah dilakukan Pan-gon.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) digesa menjelaskan petunjuk indeks prestasi (KPI) yang diberi buat mana-mana jurulatih yang berminat dengan tawaran lumayan untuk menjadi pengendali baharu Harimau Malaya selepas ini.

Sebagai rekod, badan induk bola sepak negara itu sebelum ini mendedahkan sanggup membuat pelaburan besar dengan membayar maksimum RM200,000 buat mana-mana jurulatih yang mampu meningkatkan kualiti skuad kebangsaan.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berpendapat, persoalan utama bukanlah aspek angka atau imbuhan yang diberikan sebaliknya apa KPI yang wajar diletakkan kepada jurulatih terbabit.

Kata Pekan, sudah pasti harapan yang diletakkan oleh peminat bola sepak tempatan selepas ini lebih tinggi untuk jurulatih itu menghasilkan keputusan yang diharapan.

“Bukan nilai menjadi persoalan tidak kira RM200,000 atau RM2 juta sekali pun, persoalan utama adakah bayaran itu dapat memberikan keputusan yang diharapkan.

“Paling penting, apa KPI yang kita nak letak kepada jurulatih-jurulatih ini dengan imbuhan yang tinggi, kita tidak ada sasaran yang jelas dalam masa terdekat.

“Ini kerana kita sudah gagal untuk layak pada Piala Dunia 2026 dan terpaksa tunggu edisi 2030 dalam enam tahun lagi.

“Kemudian harus diingat, pasukan negara juga agak sukar untuk layak Piala Asia 2027 dan jika gagal, kita kena tunggu pula edisi 2031 nanti.

“Takkan kita bayar RM200,000 sebulan, tapi KPI adalah menang Piala AFF dan Sukan SEA semata-mata.

“Saya harap pihak FAM selidik dengan terperinci sama ada logik atau tidak untuk menawarkan gaji sebanyak itu pada masa sekarang,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Sebelum ini, nama bekas pengendali Vietnam, Park Hang-seo terus menjadi sebutan untuk diangkat sebagai pengendali tetap Harimau Malaya bagi menggantikan tempat ditinggalkan Kim Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI