KUALA KRAI – Hasrat Mohammad Hakimin Mohd. Rahim, 20, untuk menjadi anggota polis tidak kesampaian apabila dia terjatuh ke dalam sungai ketika menghantar tiga rakannya ke pusat pemindahan semantara (PPS) berdekatan di Kampung Manjur di sini semalam.
Mohammad Hakimin ditemui oleh keluarga sendiri ketika mencarinya di kawasan tersebut pukul 8.30 pagi tadi.
Ibu mangsa, Norazilah Mohamad, 46, berkata permohonan anak ketiga daripada enam beradik itu untuk menyarung uniform anggota polis dibuat pada tahun lepas.
“Dia sekarang sedang menunggu panggilan sesi temuduga, namun masih belum menerima surat lagi.
“Selepas tamat persekolahan di tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Laloh di sini, dia memaklumkan kepada kami sekeluarga untuk menjadi anggota polis,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Menceritakan semula kejadian yang menimpa Mohammad. Hakimin, dia dimaklumkan oleh penduduk kampung bahawa anaknya itu terjatuh ke dalam sungai sewaktu membantu penduduk lain.
“Bagaimanapun, Mohammad Hakimin gagal ditemui pada malam itu kerana cuaca gelap selain arus yang deras.
“Tetapi kesungguhan dua abangnya yang juga kembar iaitu Mohammad. Hafifi, 23 dan Mohammad. Hafizi, 23, untuk mencari adik mereka dengan menggunakan buluh sehingga pagi ini akhirnya dapat menemui mayat Mohammad Hakimin,” katanya.
Tambahnya, jenazah anaknya itu selamar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Manjur di sini selepas solat Asar semalam. – K! ONLINE