fbpx

Parlimen Sungai Buloh, YBR agih 10,300 bakul makanan sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramanan (kiri) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penerima pada program Vanakam Madani 2024.

PETALING JAYA – Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dengan kerjasama Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan 10,300 bakul makanan kepada keluarga B40 di seluruh negara sempena perayaan Deepavali.

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Seri R. Ramanan berkata, pihaknya telah menyalurkan sebanyak 500 bakul makanan melalui program Vanakam Madani 2024 kepada 500 keluarga masyarakat India di sini.

“Bakul makanan ini, pada permulaannya, (kita beri) di Sungai Buloh. Kami telah mendapat data semua keluarga B40 daripada YBR dan telah mengenal pasti penerima tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, program Vanakam Madani kali ini membawa elemen berbeza dengan memberi bantuan dan mengajak komuniti setempat untuk menyambut perayaan Deepavali.

“Kebanyakan ahli politik suka memegang mikrofon dan sukar untuk memberi mikrofon kepada rakyat tetapi dalam Vanakam Madani, kita hanya memberi jawapan selepas kita menerima kembali mikrofon daripada rakyat.

“Kita mahu mendengar ketidakpuasan hati mereka dan masalah yang dihadapi,” jelasnya.

Selain itu, Ramanan berkata kerajaan Madani sentiasa komited untuk membantu melahirkan usahawan India dengan melaksanakan pelbagai program.

“Antanya melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Program Pembiayaan Bank Rakyat Indian Entrepreneur Financing-i (BRIEF-i) dan Prosperity, Empowerment and a New Normal For Indian Women (PENN) di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Sebelum ini ada program TEKUN untuk komuniti India RM30 juta tetapi sekarang ada tambahan RM30 juta inisiatif baharu Skim Pembiayaan Pemerkasaan Usahawan Masyarakat India,” jelasnya.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM10 juta telah diagihkan kepada hampir 400 usahawan.

Bagi program Brief-l, katanya, sebanyak RM31 juta telah diperuntukkan bagi 377 usahawan, manakala program PENN membabitkan peruntukan sejumlah RM50 juta.

“Setakat Ogos, sebanyak RM15.4 juta telah diperuntukkan kepada 2,100 usahawan wanita India selurun negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI