fbpx

PNB serah zakat perniagaan RM3.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Sharafuddin berkenaan menerima bayaran zakat perniagaan PNB daripada Raja Arshad. FOTO AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM3.9 juta, hari ini.

Penyerahan zakat bagi tahun kewangan berakhir 2023 disampaikan Pengerusi PNB, Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda dalam satu istiadat ringkas di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini, berdasarkan rekod menunjukkan peningkatan sebanyak lima peratus
atau kira-kira RM740 juta kutipan zakat pada suku ketiga tahun ini berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Katanya, ini didorong pertambahan syarikat-syarikat baharu menunaikan kewajipan itu dengan membayar lebih tinggi daripada taksiran.

“Biasanya kutipan yang tertinggi adalah pada bulan Disember dengan usaha-usaha dakwah dan kesedaran dipergiatkan sepanjang tahun.

“Justeru, kami berharap lebih ramai sama ada individu ataupun syarikat tampil bagi bayaran zakat pada tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Sabirin menzahirkan penghargaan kepada PNB atas bayaran zakat yang diterima serta komitmen dan usaha sama antara syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) itu dengan LZS.

“Zakat akan diagihkan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan termasuk keperluan asas seperti makan, minum, tempat tinggal selain aktiviti pembangunan ummah menerusi pendidikan, pekerjaan dan juga keusahawanan (pada syarat yang ditetapkan),” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI