fbpx

Terbuka Denmark: Cabaran perseorangan lelaki negara berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO kempunan untuk merekodkan kemenangan kedua ke atas Christie selepas tewas di pusingan pertama Terbuka Denmark. - AFP

KUALA LUMPUR – Wakil tunggal perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa meninggalkan Kejohanan Badminton Terbuka Denmark lebih awal selepas tersingkir di pusingan pertama sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Jyske Bank Arena, Odense itu, dia terpaksa akur dengan kehebatan pemain No.3 dunia dari Indonesia, Jonatan Christie apabila tewas dalam aksi straight set 16-21, 14-21.

Kekalahan itu menyebabkan Jun Hao terus kempunan untuk melangkah ke pusingan kedua dalam tiga kejohanan berturut-turut selepas mengalami nasib serupa pada kejohanan Terbuka Arctic minggu lalu dan Terbuka China bulan lepas.

Biarpun dia cuba memberikan tentangan sengit kepada naib juara Terbuka Arctic itu, namun kelebihan dilihat berpihak kepada Christie yang dianggap sebagai pemain lebih berpengalaman berbanding Jun Hao.

Sebagai rekod, bekas juara remaja Asia itu pernah mencatat satu kemenangan ke atas jaguh Indonesia berkenaan ketika pertemuan sulung mereka pada pusingan pertama Terbuka Indonesia Jun lalu.

Terdahulu, Jun Hao menjadi wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki selepas pemain profesional, Lee Zii Jia terpaksa menarik diri ekoran kecederaan buku lali yang dialami pada Terbuka Arctic. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI