PETALING JAYA – “Sultan Pahang datang tengok mak kita,” itu respons seorang lelaki apabila Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli berangkat menziarahi ibunya di sebuah hospital swasta di Kuantan, semalam.
Momen berkenaan dikongsikan menerusi keratan video ketika ibunya sedang menerima rawatan di hospital berkenaan di TikTok miliknya, semalam.
Terdahulu, lelaki itu turut membuat hantaran video memaparkan Baginda berkenan membantu ahli keluarganya yang terlibat kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran kawasan Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Kuantan.
“Terima kasih Sultan Pahang tolong keluarga saya,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Orang ramai rata-rata teruja dengan keprihatinan Seri Paduka Baginda berdua terhadap rakyat tanpa mengira status.
“Rasa macam nak jadi rakyat Pahang la pula,” kata seorang pengguna.
“Terbaik Sultan Pahang dan Permaisuri. Tak kekok bersama rakyat jelata,” komen @TokmaShahAlam.
“Sentiasa turun padang tengok rakyat. Semoga Allah tempatkan syurga tanpa hisab buat Sultan Pahang,” ujar seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
@nishanakdin sultan pahang dtg tgk mak kita 🥹❤️#fyp #sultanpahang #foryoupage❤️❤️ ♬ original sound – 🐌