fbpx

Amaran ribut petir di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di negeri Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook berkata, amaran tersebut dikeluarkan ekoran jangkaan hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di kawasan terbabit antaranya Johor melibatkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Selain itu, cuaca buruk ketika ini tertumpu sekitar Sarawak merangkuni daerah Kuching (Bau dan Lundu), Sibu (Selangau) dan Bintulu (Tatau).

“Bagi negeri Sabah pula, amaran diberikan di daerah Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI