fbpx

Laporan awal runtuhan Taman Melawati dikemukakan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan meninjau lokasi tanah runtuh Taman Melawati kira-kira pukul 11.40 pagi tadi. Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

AMPANG – Laporan berhubung insiden tanah runtuh di lereng bukit Jalan E6 Taman Melawati, di sini, akan dikemukakan seawal esok.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, di bawah Pelan Induk Cerun Negara (PICN) akan kemukakan laporan khidmat nasihat pakar teknikal serta cadangan pembaikan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Buat masa ini, tindakan mitigasi jangka pendek yang telah dikenal pasti ialah pembersihan sisa runtuhan termasuk longkang di atas dan di bawah cerun, kerja-kerja mencantas pokok di kawasan cerun, pengalihan sementara laluan air dan menutup runtuhan cerun dengan kanvas.

“Memandangkan kawasan kejadian tanah runtuh melibatkan milik pemaju, dicadangkan pihak MPAJ mengadakan libat urus bersama pemaju untuk kaedah rawatan kekal bagi memastikan kestabilan cerun dan keselamatan penggunaan jalan pada masa hadapan,” katanya demikian ketika sidang akhbar selepas meninjau lokasi tanah runtuh hari ini.

Tambahnya, runtuhan berlaku sepanjang 30 meter (m) dari kaki cerun dengan keluasan permukaan runtuhan seluas 500 m persegi itu melibatkan empat buah rumah terjejas dan terhalang oleh sisa runtuhan.

Kegagalan pada struktur dinding sistem perparitan (rubble pitching drain) menyebabkan aliran air melimpah ke permukaan cerun seterusnya melemahkan struktur tanah dan menumbangkan pokok.

“Hasil siasatan oleh pihak Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (CKC JKR) di tapak mendapati terdapat tanda-tanda awal seperti pokok yang condong dan sedikit keretakan di atas permukaan jalan.

“Terdapat sisa runtuhan yang mengandungi campuran tanah cerun berair, sisa pokok tumbang dan sebuah pondok pengawal di tepi Jalan E6 yang terbalik. Kegagalan cerun adalah merupakan hakisan tanah atas permukaan sahaja dan batuan sedimen dasar di bukit masih kukuh,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Zamri Ramli mengesahkan tiada pergerakan baharu dikesan di lokasi runtuhan hari ini.

“Pemerhatian yang dibuat sekitar pukul 2 pagi tadi, kita tengok semua tempat tiada pergerakan tanah yang berlaku,” katanya.

Terdahulu media melaporkan sebanyak 26,722 bilangan cerun telah di inventori melibatkan 1,577 bilangan cerun mempunyai tahap Risiko yang ‘Sangat Tinggi’ dan 1,706 bilangan lagi mempunyai tahap Risiko yang ‘Tinggi’.

Ahmad Maslan berkata, jumlah itu berdasarkan pengumpulan data dan menghasilkan Peta Bahaya dan Risiko Cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di Semenanjung Malaysia untuk mengenalpasti cerun-cerun yang mempunyai risiko kebarangkalian yang tinggi untuk runtuh. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI