fbpx

RM52.9 juta peruntukan diluluskan untuk tanaman semula sawit – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan pembiayaan berjumlah RM52.9 juta kepada kira-kira 1,165 pekebun kecil sawit bagi Program Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) sehingga 14 Oktober lalu.

Menteri Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, peruntukan tersebut melibatkan kawasan penanaman semula sawit seluas 3,378 hektar (kira-kira 8347 ekar).

Beliau berkata, secara keseluruhan, pihaknya telah menerima permohonan daripada 2,311 pekebun kecil sawit yang merangkumi sekitar 7,699 hektar (19025 ekar).

“TSPKS 2.0 menyasarkan kawasan tanaman seluas 5,900 hektar (14579 ekar) untuk tanaman semula sawit bagi tahun 2024,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN- Tampin) yang bertanyakan jumlah pekebun kecil yang telah memanfaatkan Program Tanam Semula Sawit setakat ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata, untuk tahun ini, Kerajaan telah memperuntukkan RM100 juta (50 peratus geran dan 50 peratus pinjaman) bagi TSPKS 2.0.

Jelasnya, TSPKS 2.0 ini memfokuskan kepada program tanam semula sawit bagi pokok sawit yang tua dan tidak lagi produktif.

“Insentif ini adalah khas kepada pekebun kecil sawit sahaja. Peralihan tanaman getah kepada sawit tidak termasuk dalam skop insentif ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI