fbpx

KPDN mahu jadikan MARDI organisasi ke-26 dalam TISC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tengah) melakukan gimik perasmian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Agroinvest 2024 di MAEPS, Serdang hari ini. Turut sama, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr. Mohamad Zabawi Abdul Ghani (kiri). Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

SERDANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhasrat menjadikan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sebagai organisasi (host institution) ke-26 di dalam ‘Technology Innovation Support Centre’ (TISC).

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, penyertaan itu akan membantu MARDI lebih menyeluruh dalam pengurusan harta intelek.

“Program TISC merupakan pusat setempat yang dibangunkan oleh World Intellectual Property Organization (WIPO) bagi pereka cipta dari negara- negara anggota termasuk Malaysia.

“Ia membolehkan dapatan akses kepada informasi teknologi dan penyelidikan terkini serta maklumat berkaitan perlindungan dan pengurusan hak harta intelek,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas selepas merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi MARDI di sini, hari ini.

Dalam pada itu Armizan berkata, KPDN melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) akan terus memperkukuh kerjasama dengan MARDI bagi memastikan matlamat itu tercapai.

“Antaranya melalui penganjuran Program IP Care dengan Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan (TE), MARDI melibatkan penyertaan 60 orang usahawan tempatan.

“Melalui TE, MARDI turut mempromosi dan memindah teknologi yang dijana kepada usahawan industri Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), sekali gus membangunkan usahawan tekno dalam bidang industri asas tani, pertanian dan ternakan,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI