fbpx

KPDN pastikan sayur ‘popular’ cukup, harga munasabah sempena Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan (tengah) melawat reruai selepas merasmikan Majlis Perasmian Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Agroinvest 2024 di MAEPS, Serdang hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

SERDANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memastikan bekalan sayur yang popular dalam kalangan pengguna mencukupi dengan kadar harga munasabah sempena Deepavali ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) susulan terdapat aduan tentang potensi kenaikan harga barangan tersebut.

“Bukan semua sayur kita akan kawal harga, jadi kami akan teliti aspek penawaran dan bekalan sayuran tertentu.

“Ia bagi mengelakkan pergerakan harga yang keterlaluan,” katanya selepas merasmikan Program Agroinvest 2024 Sempena Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini, hari ini.

Terdahulu media melaporkan, KPDN akan mengadakan perbincangan dengan KPKM mengenai jangkaan kenaikan tiga kali ganda sayur menjelang hujung tahun ini.

Armizan ketika itu berkata, buat masa ini pihaknya akan memantau sebarang perubahan harga dan bertindak secara proaktif sekiranya berlaku kenaikan secara mendadak.

Dalam pada itu beliau berkata, KPDN juga akan mengumumkan senarai barangan di bawah pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena Deepavali ini dalam masa terdekat.

“Sekarang kami dalam proses interaksi dengan pihak industri untuk kenal pasti barangan yang sesuai untuk kita masukkan dalam senarai SHMMP menjelang Deepavali akan datang.

“Setelah mendapat persetujuan industri dan dimuktamadkan, saya akan umumkan barangan terpilih dengan harga kawalan ditetapkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI