fbpx

IPD Miri kerah anggota, pegawai secara optimum hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexson menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang anggota IPD Miri yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang perkhidmatan.

MIRI – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri akan mengerahkan anggota dan pegawainya secara optimum dalam menghadapi monsun timur laut (MTL) yang sedang melanda.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, ia bagi meningkatkan kawalan keselamatan antara agensi dan kemanusiaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana alam akibat MTL.

“Bandar raya ini adalah berhampiran dengan Laut China Selatan, sebab itulah penugasan perlu digerakkan secara optimum bagi meningkatkan kawalan keselamatan,” katanya pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sini, hari ini.

Katanya, kawasan Miri diramal dilanda hujan lebat serta ribut petir sepanjang tempoh MTL.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus meningkatkan rondaan cegah jenayah di kawasan ‘panas’ yang sering menjadi sarang penagihan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI