fbpx

K2

44 termasuk Bernard Chandran, Putri Ariani terima anugerah The Knights Award 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 44 personaliti dan syarikat korporat cemerlang daripada pelbagai cabang industri menerima pengiktirafan pada The Knights Award 2024 di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Ikon fesyen ternama negara, Datuk Seri Bernard Chandran antara individu yang diiktiraf dalam The Knights Award 2024 Musim Ketiga malam kelmarin.

Menerusi anugerah yang memasuki edisi ketiga yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Bernard dipilih memenangi kategori Duke untuk individu atas sumbangan besarnya dalam bidang fesyen.

Jelas Bernard, pengiktirafan tersebut merupakan satu kenangan manis dan paling berharga baginya sepanjang kariernya bergelar pereka fesyen.

“Anugerah ini begitu istimewa buat saya dan ia bukti kepada perjalanan karier fesyen saya selama ini,” katanya.

Pada majlis sama, penyanyi popular kelahiran Indonesia, Putri Ariani turut terpilih memenangi anugerah kategori Earl bagi individu, namun tidak dapat menghadirkan diri.

Bagi Putri, 18, yang dilahirkan sebagai orang kelainan upaya (OKU) dengan masalah penglihatan, dia bersyukur atas pengiktirafan keemasan itu.

Bernard (kiri) dan Putri.

Sementara itu, Presidennya, Dr. Zyro Wong berkata, The Knights Award 2024 Musim Ketiga – Edisi Global itu meliputi tiga kategori anugerah iaitu Duke, Earl dan Baron.

Jelasnya, anugerah tersebut mengiktiraf usaha cemerlang dan sumbangan individu bukan saja kepada pertumbuhan ekonomi negara ini tetapi juga seluruh Asia.

“Sejajar dengan misi, kami dengan bangganya menyepadukan matlamat rancangan Malaysia Madani ke dalam The Knights Award.

“Anugerah ini boleh menjadi satu kerjasama strategik yang bertujuan memartabat Malaysia di persada antarabangsa sebagai pusat kecemerlangan dan inovasi,” katanya.

Tambahnya, visinya juga adalah untuk merentasi sempadan negara yang bertujuan membina ekosistem perniagaan teguh serta membolehkan usahawan membentuk jaringan kerjasama.

The Knights Award musim ketiga yang dibawakan Mee Hiris China Muslim mengiktiraf 44 personaliti dan syarikat korporat yang cemerlang daripada pelbagai cabang industri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI