fbpx

[VIDEO] Zoo Negara banjir lagi, kasihan haiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar daripada video tular di TikTok menunjukkan keadaan ketika banjir kilat di Zoo Negara, semalam.

PETALING JAYA – Rakaman video yang melaporkan situasi banjir di hadapan Zoo Negara semalam telah menarik perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Peter G, menunjukkan keadaan banjir yang menjejaskan kawasan di hadapan zoo tersebut.

“Habislah binatang basah, di Zoo Negara,” katanya dalam video berkenaan.

Reaksi daripada netizen tidak mengambil masa lama untuk membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan serta rasa simpati terhadap haiwan-haiwan yang terjejas.

“Kasihannya haiwan-haiwan. Semoga dilindungi haiwan di zoo,” ujar Ida.

“Harapnya semua haiwan selamat,” kata Racunby qyla pula.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Rosly@Rahmat Ahmad Lana menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya memaklumkan, kesemua haiwan di Zoo Negara berada dalam keadaan selamat.

Katanya, pasukan bomba turut membantu memantau keadaan semasa Zoo Negara semalam dan proses pembersihan di kawasan sekitar telah dilakukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI