IPOH – Seramai 1,042 mangsa banjir dari 351 buah keluarga di Perak direkodkan terjejas dengan bencana alam tersebut setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, sebanyak lapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di lima buah daerah digunakan bagi menempatkan kesemua mangsa berkenaan.
“Sebanyak 104 mangsa dari 34 keluarga di Kerian ditempatkan di dua buah PPS, 728 mangsa (260 keluarga) dari Kuala Kangsar di tiga PPS dan 103 mangsa (33 keluarga) dari Hilir Perak ditempatkan di sebuah PPS.
“Manakala 33 mangsa (lima keluarga) dari Perak Tengah ditempatkan di sebuah PPS dan 19 mangsa (74 keluarga) dari Muallim di sebuah PPS,” katanya di sini hari ini.
Untuk rekod, jumlah mangsa banjir di negeri ini adalah seramai 1,066 orang pada tengah malam tadi melibatkan 358 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE