fbpx

Hujan berterusan, ADUN Galas bersama rombongan terkandas di Pos Balar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Syahbuddin (kiri) yang terkandas di Bukit Piyel, Pos Balar dekat Gua Musang sejak malam tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim bersama rombongannya terkandas di kawasan penempatan Orang Asli Pos Balar di sini.

Mohd. Syahbuddin bergerak ke dua buah pos penempatan Orang Asli semalam untuk menyampaikan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bihai, Pos Bihai dan SK Balar, Pos Balar yang terletak lebih 70 kilometer dari Bandar Gua Musang.

“Selepas tamat program di SK Balar kira-kira pukul 5.30 petang, hujan turun secara berterusan sekali gus mengakibatkan air Sungai Balar meningkat.

“Saya bersama rombongan menaiki dua buah trak pikap berjaya melintasi sungai berkenaan. Apabila tiba di kawasan Bukit Piyel, laluan tanah rosak teruk dan kenderaan kami tidak dapat melaluinya,” katanya.

Mohd. Syahbuddin memberitahu, keadaan jalan itu menyebabkan tayar sebuah kenderaan pecah sebelum membuat keputusan untuk berpatah balik ke SK Balar dan bermalam di sekolah selepas terkandas selama tiga jam di Bukit Piyel.

“Kami terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer di dalam keadaan hujan renyai-renyai dan melalui jambatan gantung besi untuk ke Kampung Peng kerana Sungai Balar meningkat dan arus deras,” katanya.

Mohd. Syahbuddin berkata, dia bersama rombongan terpaksa tidur di sekolah dan akan meneruskan perjalanan pulang hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI