fbpx

[VIDEO] 70 lembu berenang dalam banjir di Jasin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAMRI membersihkan tempat takungan minuman ternakannya di Kampung Serkam Darat, Melaka, hari ini.

JASIN – Tiga penternak lembu kerugian lebih RM20,000 selepas kandang yang menempatkan 70 ekor ternakan di Kampung Serkam Darat di sini ditenggelami banjir sedalam 1.5 meter (m), semalam.

Menurut Mohd. Zamri Salihin, 42, kejadian itu disedari berlaku pukul 6.30 pagi selepas dihubungi penduduk yang memaklumkan kandang lembu miliknya ditenggelami air paras dada.

“Pada pukul 3 pagi memang rumah saya pun banjir tetapi paras betis, jadi saya tidak menyangka selang tiga jam kemudian air naik sehingga tenggelamkan kandang lembu.

“Selepas dimaklumkan orang kampung, saya bergegas ke kandang dan mendapati anak-anak lembu yang berusia sebulan bergelut untuk berenang di dalam air, begitu juga lembu-lembu dewasa,” katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

Cerita Mohd. Zamri, dia segeramemindahkan tujuh ekor anak lembu naik ke atas kenderaan pacuan empat roda yang ketika itu turut ditenggelami banjir.

“Sebelum ini tak pernah lagi saya berdepan banjir sedalam ini, memang dah macam air laut. Saya terlibat dalam bidang ternakan ini sejak enam bulan lalu dengan modal RM300,000.

“Kini semua barangan kelengkapan seperti mesin pemotong, generator, makanan lembu dan kenderaan mengalami kerosakan menyebabkan saya rugi lebih RM20,000,” ujarnya.

Sementara itu, rakan penternak, Amin Ahmad, 55, memberitahu, dia bersyukur apabila kesemua ternakannya sempat diselamatkan dalam kejadian bencana tersebut.

“Saya dan Zamri berenang ke dalam kandang cuba menarik seekor demi seekor anak lembu. Yang dewasa kami terpaksa biarkan kerana memang tak boleh nak buat apa-apa. Syukur kesemua ternakan selamat,” ujarnya.

Tambahnya, air bah itu dipercayai melimpah dari sungai berhampiran sebelum surut kira-kira pukul 9 pagi hari sama.

Terdahulu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, setakat pukul 4 petang tadi, jumlah mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir di Melaka meningkat kepada 229 orang daripada 73 buah keluarga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI