fbpx

Ribut petir landa utara, Pantai Timur malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri malam ini.

MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga pukul 9 malam nanti.

Katanya, ia melibatkan Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan termasuk Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut).

“Bagi sebelah utara pula, keadaan sama dijangka berlaku membabitkan Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Selain itu, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar),” katanya hari ini.

Tambah MetMalaysia, di Sarawak, hujan lebat diramal tertumpu di Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit), Mukah (Tanjung Manis) dan Kapit (Song) manakala di Sabah melibatkan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI