fbpx

Ibarat kepala air, banjir cecah kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD FAZLI (kiri) dan adiknya, Muhammad Fadzil membersihkan peralatan yang rosak akibat banjr di Kampung Naram, Slim River, Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Mangsa banjir di Kampung Naram, Slim River di sini menyifatkan bencana banjir ibarat kejadian kepala air yang deras sehingga ke paras tengkuk mereka.

Muhammad Fazli Omar, 32, kejadian itu berlaku dengan begitu pantas dan tidak banyak yang mereka boleh lakukan selain menyelamatkan diri ke surau berhampiran yang terletak di kawasan aras tinggi.

“Air telah memenuhi permukaan jalan dan mujur kami termasuk emak saya (Basriah Abd Rajak, 69) dengan kudrat tidak seberapa sempat menyelamatkan diri. Rumah kami dikelilingi sungai dan terletak di kawasan rendah menyebabkan ia mudah untuk dinaiki air,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, paras air semasa itu pada peringkat tengkuk membawa lumpur tebal.

Dalam pada itu, adiknya, Muhammad Fadzil Omar, 2, berkata, banjir itu merupakan yang terburuk sejak 1998 melibatkan kerugian besar.

“Reda sahajalah, tiga buah kereta, tiga motosikal dan peralatan elektrik habis rosak selain rumah masih tidak boleh diduduki. Kami bermalam di surau berhampiran selain mula membersihkan rumah namun saya jangka situasi banjir ini masih belum pulih sepenuhnya lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI