fbpx

[VIDEO] Treler gagal brek rempuh 8 kenderaan di NKVE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular sebuah treler merempuh 8 kenderaan lain di di Kilometer 18.5, Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE), Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Masalah brek menyebabkan sebuah treler merempuh lapan kenderaan dalam kejadian di Kilometer 18.5, Lebuh Raya Lembah Klang Utara (NKVE), di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 2.10 petang itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa serta kecederaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar pukul 6.03 petang, semalam.

“Kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada kenderaan terlibat dan tiada sebarang kecederaan dialami oleh kesemua mangsa.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Shahrulnizam, saksi kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Sivam Muniandy di talian 017-3290749 bagi membantu siasatan.

“Semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian kemalangan.

“PDRM tidak tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pemandu yang memandu secara berbahaya dan akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pengguna jalan raya yang melanggar undang-undang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

@syimayusuf Pengalaman sendiri depan mata😭😭 sumpah nak nangis, terkejut #Accident #damansara #exitdamansara #lorilanggar ♬ original sound – Syima Yusuf

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI