fbpx

Banci 2020 fasa kedua di lapangan mulai 20 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir.

PUTRAJAYA  –  Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) fasa kedua akan dilaksanakan secara temu ramah bersemuka mulai  20  Januari  sehingga  6 Februari  depan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi  standard (SOP) Operasi Pembancian di Lapangan Banci 2020 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau yang juga Pesuruhjaya Banci 2020 berkata, pelaksanaan  fasa  kedua itu juga  mengambil  kira  kawasan  yang  terjejas  berikutan  bencana  banjir  dengan penyesuaian dilaksanakan  bagi  memastikan  semua penduduk Malaysia  dibanci.

“Prapelaksanaan fasa kedua Banci 2020 ini melibatkan aktiviti semakan di lapangan dan penyenaraian tempat kediaman di kawasan terpilih termasuk urusan logistik telah pun dimulakan.

“Pegawai banci yang berada di lapangan juga akan membantu orang ramai untuk melengkapkan pengisian e-Census dan menyelesaikan bancian kawasan berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, pelaksanaan fasa kedua itu melibatkan 43,000 pegawai banci yang akan dilantik di seluruh negara.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI